The Island Shop

Beauty & Health Store

Advertisement

LightBlog

Breaking

Monday, 18 January 2016

TIPS SENAMAN MUDAH

 Cara Senaman Pagi Yang Mudah

.
Cara Senaman Pagi Yang Mudah. Ramai yang tidak bersenam terutama mereka yang sibuk mengejar masa atau yang memang yang jenis tidak bangun awal pagi. Tahukah anda, waktu pagi adalah waktu tubuh badan lesu dan perlu disegarkan dengan senaman.
Senaman pagi bermanfaat untuk menjaga metabolisme tubuh agar terhindar daripada pelbagai penyakit serta menjaga kesegaran jasmani dan rohani. Tidak susah mana pun untuk bersenam cuma mahu dan tidak sahaja.
.

Apa kata kita cuba beberapa senaman pagi yang boleh kita amalkan.

Cuba bangun awal sedikit dan luangkan masa dalam 20 minit untuk membuat aktiviti larian atau jogging. Tidak perlu pergi jauh cukup sekitar rumah atau jalan berhampiran rumah anda. Yang penting pastikan selamat. Mulakan aktiviti membakar lebihan kalori anda dengan membuat larian setiap pagi sebelum anda pergi kerja.
Kepada yang malas hendak keluar rumah , buat sahaja senaman aerobik. Sambil dengan muzik sambil gerak badan. Banyak sahaja cd yang boleh anda ikut step aerobik atau cari sahaja di media sosial seperti Youtube. Kalau segan, buat sahaja dalam bilik.
Tidak larat berlari, berjalan kaki pun sudah cukup sebagai satu amalan senaman harian. Berjalan kaki beribu-ribu langkah boleh menyihatkan jantung. Kalau terlebih rajin, pergi sahaja kerja jalan kaki , selain sihat dapat juga kurangkan masalah kesesakan lalulintas.
Lakukan push up dan sit up secara rutin pada setiap hari. Lakukan senaman ini secara rutin setiap hari pada waktu pagi.
Ok anda boleh cuma bermula dari hari ini. Tidak ada yang mustahil jika anda mahu. Kesihatan tidak boleh ditukar ganti atau dibeli. Jaga mulai sekarang atau anda akan rugi sepanjang hidup.


Tips Mens